Mesyuarat MT: Shamsul Anuar kunci mulut - Utusan Malaysia

Mesyuarat MT: Shamsul Anuar kunci mulut

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengambil pendirian ‘kunci mulut’ apabila ditanya wartawan mengenai perincian hasil mesyuarat MT parti itu, malam tadi.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu enggan mendedahkan walaupun diasak beberapa kali oleh pihak media.

“Saya tahu media nak tanya soalan apa, tetapi saya tidak mahu jawab. Tiada soalan politik,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 di sini, pagi ini.

Shamsul Anuar juga mengelak apabila ditanya sama ada barisan menteri dan timbalan menteri daripada UMNO perlu melepaskan jawatan atau tidak sekiranya diputuskan oleh MKT.

MT UMNO mengadakan mesyuarat malam tadi yang antara lain memutuskan untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan memperkukuh kerjasama dengan Pas ke Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.

Mesyuarat sama turut menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.