Maut langgar tiang Telekom tumbang atas jalan raya - Utusan Malaysia

Maut langgar tiang Telekom tumbang atas jalan raya

Seorang lelaki maut selepas merempuh tiang telekom yang tumbang di Kilometer 69.9 Jalan Kota Bharu - Gua Musang di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang penoreh getah maut selepas motosikalnya merempuh sebatang tiang Telekom yang tumbang dan menghadang laluan di kilometer 69.9 Jalan Kota Bharu – Gua Musang, berhampiran Guchil 7 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam, Hanafi Yusof,45 yang menunggang motosikal jenis Honda Dash maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bedal menuju ke bandar Kuala Krai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, tiang Telekom terbabit dipercayai dilanggar sebuah lori sehingga tumbang dan menghadang jalan sebelum mangsa melalui jalan itu.

“Kecuaian pemandu lori yang telah melanggar tiang Telekom itu sehingga jatuh menghadang jalan menyebabkan kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismal Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Pemandu lori jenis Hino tersebut sedang dikesan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.