Majikan perlu tanggung kos suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Majikan perlu tanggung kos suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majikan diwajibkan membiayai semua kos suntikan vaksin kepada pekerja-pekerja asing mereka termasuk ujian pengesanan Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu selaras dengan seksyen 24J (f) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Beliau menjelaskan , ia susulan arahan kerajaan berdasarkan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menetapkan semua pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan majikan perlu menanggung fi, kos dan caj bagi ujian itu.

“Mulai 11 Januari ini, Pasukan Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 yang terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melaksanakan operasi khas ke tempat majikan yang menggaji pekerja asing.

“Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran majikan dalam membendung dan mencegah penyebaran penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah kerajaan yang mengarahkan semua pekerja warga asing di enam negeri paling berisiko menjalani saringan ternyata berjaya mengesan ramai penghidap Covid-19 apabila seramai 2,079 telah disahkan positif wabak tersebut.

Sejumlah 97,084 pekerja asing pula didapati negatif daripada keseluruhan 99,163 orang yang melalui ujian saringan melibatkan 3,536 majikan susulan arahan dikuatkuasakan ujian berkenaan sejak 1 Januari lalu meliputi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Sehingga 4 Januari lalu, sebanyak 758 buah klinik terlibat dalam program saringan secara besar-besaran itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya