Lebih 60 tan sampah akibat banjir di Kemaman - Utusan Malaysia

Lebih 60 tan sampah akibat banjir di Kemaman

HANAFIAH Mat (kiri) bersama sukarelawan membantu membersihkan rumah penduduk terjejas banjir di Bandar Baru Bukit Mentok, di Kemaman hari ini.-UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Banjir fasa kelima yang melanda daerah ini sejak Ahad minggu lalu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta penduduk, malah, lebih 60 tan sampah dihimpunkan di kawasan terjejas. 

Pengerusi  Jawatankuasa Kebajikan, Pembanguan Wanita, Keluarga  dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja pembersihan sampah yang dimulakan sejak semalam itu dijangka mengambil masa lebih seminggu lagi untuk selesai sepenuhnya. 

Katanya, hampir 200 kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan sukarelawan dikerahkan untuk operasi itu.

“Banjir kali ini membawa banyak kemusnahan kerana semua perabot mangsa banjir musnah ditenggelami air dengan sebahagian besar terpaksa dibuang sebab sudah tidak boleh digunakan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hanafiah berkata, lebih 600 sukarelawan daripada pelbagai agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam turut berkampung di daerah itu sejak semalam untuk bergotong-royong membantu mangsa banjir membersihkan rumah. 

Katanya, antara yang terlibat ialah Kolej Universiti TATI, Jabatan Amal Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman di samping Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dan Kijal. 

“Selain bergotong-royong membersihkan rumah, kita turut bersama-sama menyediakan lebih 5,000 pek makanan untuk penduduk di daerah ini,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN