Laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris ditutup - Utusan Malaysia

Laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris ditutup

RUNTUHAN tanah di laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Kilometer 74.8 hingga 75, Seksyen 87 (52) di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut berkuat kuasa pukul 12 tengah hari ini dan akan dibuka semula pada tarikh ditetapkan kelak sebagai langkah berjaga-jaga akibat mendapan jalan.

“Pengguna hendaklah mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

“Pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif FT 08 Jalan Kota Bharu-Gua Musang,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya