Kumpulan penyamun ditahan, dua diburu - Utusan Malaysia

Kumpulan penyamun ditahan, dua diburu

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penahanan empat suspek pecah masuk rumah membongkar kepada kegiatan kumpulan itu yang menjalankan samun dengan memaksa mangsa melakukan pemindahan wang ke dalam akaun salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya telah menahan kesemua individu berusia 22 hingga 29 tahun itu selepas dikehendaki selepas selepas terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Bayu Tinggi pada 19 Disember lalu. 

Menurut Shamsul Amar, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 31 tahun kehilangan 23 barangan kemas antaranya rantai, subang dan cincin serta wang tunai RM1,000 dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM35,000.

“Hasil siasatan, kita telah menahan tiga lelaki di sebuah hotel bajet di Bandar Baru Klang dan seorang lagi di Pandamaran Jaya. Kita turut merampas sebuah komputer riba jenama Apple.

“Siasatan mendapati kumpulan suspek ini aktif sejak sebulan lalu dengan terlibat dalam dua kes pecah rumah dan satu kes samun tepi jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Amar berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang daripada mereka bertindak sebagai pemerhati terhadap kehadiran polis dan individu lain di lokasi kejadian jenayah melibatkan pecah rumah. 

“Seorang daripada suspek akan menjual barangan hasil pecah rumah seperti barangan kemas dan komputer riba.

“Bagi samun di tepi jalan, kumpulan ini akan bersenjata pisau dan memaksa mangsa melakukan transaksi pemindahan wang terus ke dalam akaun salah seorang suspek dikenali Tamil selain mengambil kad pengenalan mangsa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semakan mendapati dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan seperti mencuri, menipu, samun, merompak dan dadah. 

“Kita sedang memburu dua lagi suspek iaitu Rahim Sappe,32, yang dikenali Paning dan Tamil, 29.  Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya