Ketua Pemuda UMNO Seremban pula gesa Ahmad Zahid 'berehat'

Ketua Pemuda UMNO Seremban pula gesa Ahmad Zahid ‘berehat’

ZOOL AMALI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd. Helmi Buang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin itu semalam, perkara yang sama disuarakan oleh Ketua Pemuda Seremban, Zool Amali Hussin.

Menurut Zool Amali, beliau amat bersetuju dengan pandangan Mohd. Helmi malah perkara itu juga yang disuarakan oleh ahli UMNO di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan anak-anak muda.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda UMNO Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat UMNO cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat Presiden UMNO ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi. Kami tidak membenci presiden cuma kami sayangkan UMNO,” katanya menerusi video secara langsung di akaun Facebooknya hari ini.

Semalam, Mohd. Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat kerana menurutnya, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan ketara mengikut arus zaman.

Ujarnya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepemimpinan tertinggi, sekali gus memberi ruang serta peluang kepada generasi baharu menggalas tanggungjawab itu.

Sementara itu, menurut Zool Amali, ahli-ahli Pemuda UMNO hanya mahukan pembaharuan dalam parti malah pengundi-pengundi muda hari ini juga menurutnya mahukan wakil rakyat muda yang boleh mewakili mereka.

“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti, kata-kata sebelum ini iaitu untuk meremajakan UMNO hanyalah retorik, tiada apa-apa yang saya nampak dilihat meremajakan parti ini.

“Ahli-ahli muda UMNO ramai yang berkebolehan, ramai yang mempunyai kerjaya baik. Apabila orang muda mahu bersuara, yang veteran tidak boleh terima sedangkan kami suarakan kebenaran. Kami bersuara tapi kami tidak pernah duduk bersama ketua pembangkang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya