Kes harian Covid-19 boleh cecah 8,000 Mac ini - Utusan Malaysia

Kes harian Covid-19 boleh cecah 8,000 Mac ini

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia boleh merekodkan kes harian Covid-19 sehingga 8,000 kes pada minggu ketiga Mac ini  jika jangkaan unjuran kes dengan kadar kebolehjangkitan (R0)  pada 1.2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu ketiga Februari pula dianggarkan sebanyak 5,000 kes harian boleh dicatatkan mengikut jangkaan unjuran sama. 

Menurut beliau, jumlah melebihi angka 3,000 seperti dicatatkan kali pertama hari ini boleh berterusan sehingga minggu keempat pada bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, jika kadar unjutan kes dengan kadar 1.1 pula, jumlah kes yang dianggarkan merekodkan 8,000 kes hanya akan berlaku pada akhir Mei nanti.

“Jumlah anggaran 5,000 kes boleh dicatatkan pada minggu kedua April manakala 3,000 kes pada minggu kedua Februari mengikut kadar 1.1.

“Ini merupakan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei nanti dengan kadar kebolehjangkitan pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Buat pertama kalinya, Malaysia  mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka tiga ribu hari ini iaitu sebanyak 3,027 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 128,465 kes. 

Sebanyak lapan kes kematian direkodkan dengan tambahan sembilan lagi kluster baharu dengan Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes, diikuti Selangor sebanyak 706 kes dan  Sabah 493 kes. 

Jumlah kes  aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 25,221  kes.   -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya