Sembilan maut kenderaan jatuh dari feri ke dalam sungai  - Utusan Malaysia

Sembilan maut kenderaan jatuh dari feri ke dalam sungai 

GAMBAR kenderaan tenggelam yang meragut nyawa sembilan beranak tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan beranak lemas apabila kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso di Sarawak petang tadi. 

Memetik laporan media tempatan, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.14 petang tadi dan mengerahkan anggota dari BBP Saratok dan Simunjan ke lokasi kejadian.

Jurucakap itu memberitahu, kejadian itu terdahulu tular dalam media sosial apabila seorang pengguna merakamkan terbabit secara langsung. 

“Seramai lapan mangsa berjaya di keluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi.

“Video yang berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Dalam video tersebut kelihatan mangsa yang dikeluarkan diberikan bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.