'Kerat empat pun ambo takkan masuk parti Dr. Mahathir'

‘Kerat empat pun ambo takkan masuk parti Dr. Mahathir’

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Tegasnya, perjuangan bersama UMNO sudah sebati dengan jiwanya sejak sekian lama dan beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti itu hanya kerana pernah berbeza pendapat dengan pimpinan parti.

“Kerat empat pun ambo takkan masuk parti Dr. Mahathir. Ambo rela mati dalam UMNO..” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, di sini hari ini. 

Tengku Razaleigh berkata demikian sebagai reaksi terhadap pelbagai desakan supaya beliau keluar daripada UMNO berikutan tindak-tanduknya baru-baru ini yang dilihat sebagai ‘sekapal’ dengan Dr. Mahathir.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO menjelaskan, beliau bersama Dr. Mahathir kerana ingin memperjuangkan pentingnya keabsahan kerajaan ditentukan.

Tindakan beliau itu katanya, bukan satu kesalahan kerana tidak bertentangan dengan dasar UMNO.

“Saya ahli UMNO. Sebagai seorang ahli politik takkan saya semudah itu nak tukar parti, walaupun saya ini kenalan baik Dr Mahathir. Lagi pun dia rapat dengan saya dari dulu lagi,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak ada pernah ada agenda lain kecuali benar-benar serius mahu membantu rakyat  ketika keadaan politik negara tidak stabil dan masalah ekonomi berpanjangan. 

“Pelabur luar tidak datang ke negara kita untuk melabur kerana tidak yakin kepada pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Razaleigh yakin UMNO mampu bergerak sendiri tanpa perlu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti lain terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“UMNO dah ada BN, ada Muafakat Nasional, kenapa nak kena masuk sana lagi? Di Sabah baru-baru ini pun ada gagasan. Gagasan jaga pagar ke apa? Banyak sangat nama sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya