Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali menunjukkan penurunan apabila seramai 2,999 mangsa daripada 830 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh Johor setakat pukul 4 petang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah yang direkodkan itu menurun berbanding seramai 3,314 mangsa pada pukul 8 pagi ini.

Jelasnya, keadaan cuaca yang baik turut membolehkan tiga buah PPS ditutup selepaa banjir melanda lima daerah sejak awal bulan ini.

“Kota Tinggi masih merupakan daerah paling terjejas dengan merekodkan seramai 2,161 mangsa daripada 574 keluarga yang ditempatkan di 22 buah PPS.

“Johor Bahru seramai 624 mangsa, Kluang (121), Segamat (76) dan Pontian (17),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan turut memaklumkan hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup buat semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian akibat kejadian tanah runtuh.

“Keadaan banjir di negeri ini dijangka menunjukkan trend pemulihan apabila Jabatan Meteorologi tidak meramalkan keadaan cuaca hujan lebat dan berpanjangan di negeri ini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya