PUTRAJAYA: Jaminan kerajaan terhadap setiap wang simpanan lebih sembilan juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan tetap dipertahankan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, perkara itu menjadi keutamaan kerajaan kerana Tabung Haji adalah kebanggaan dan harapan umat Islam di negara ini. Beliau menjelaskan, prestasi cemerlang Tabung Haji sejak peralihan kerajaan berjaya membuktikan kestabilan tadbir urus agensi berkenaan. Hal ini, kata beliau,…