Jambatan Bailey dipasang di Kampung Lechar Raub - Utusan Malaysia

Jambatan Bailey dipasang di Kampung Lechar Raub

ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kiri) menyantuni mangsa banjir di Kampung Lechar Raub, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Sebuah Jambatan Compact Bailey 200 sedang dibina di Kampung Lechar di sini sebagai jambatan sementara bagi menggantikan jambatan sedia ada yang struktur penampannya runtuh, 3 Januari lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jambatan yang dibina sepanjang 26 meter dan lebar 7.35 meter itu akan mengambil masa pembinaan lebih kurang lapan ke 12 jam untuk disiapkan.

Menurutnya, kepakaran dua pegawai dan 31 anggota Tentera Darat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dimanfaatkan dengan menggunakan kren dan excavator.

“Pembinaan jambatan ini untuk menghubungkan jalan di antara Perumahan Makmur Lechar Jaya dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong ke bandar Raub yang telah menjejaskan lebih 300 penduduk di kawasan itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke kawasan pemasangan jambatan compact Bailey 200 dan tinjauan ke kawasan terjejas banjir di Kampung Lechar, Ulu Dong Raub di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Menurut Ismail, sehingga kini, ATM telah membuat persediaan sebanyak 10 buah Jambatan Bailey terutama di kawasan terjejas akibat banjir yang memerlukan pembinaan jambatan.

“Untuk rekod, Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan peralatan yang dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara ( MKN) kepada Tentera Darat secara guna sama.

“Jambatan ini boleh dipasang sementara ataupun kekal dan paling sesuai dipasang bagi membantu dalam bencana alam terutama bagi menghubungkan jalan perhubungan yang terputus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya