Isu kartel daging : SPRM giat jalankan siasatan - Utusan Malaysia

Isu kartel daging : SPRM giat jalankan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak lapan individu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku haram sejak 4 Januari lalu sehingga kini.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 27 saksi turut telah dipanggil dalam siasatan kes itu yang mana mereka terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

Jelas kenyataan itu, siasatan yang dijalankan SPRM adalah mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.

“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun telah diberkas SPRM Johor di Johor Bahru semalam.

“Suspek direman selama enam hari bermula hari ini selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru,” ujar kenyataan tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.