HRPB sedia beri kerjasama siasatan kes kematian kakitangan - Utusan Malaysia

HRPB sedia beri kerjasama siasatan kes kematian kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes kakitangannya yang ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan hospital tersebut semalam.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, siasatan mendapati, mangsa adalah pembantu perawatan kesihatan dan bertugas waktu pejabat daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari kejadian.

“Pihak HRPB berdukacita dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mendiang.

“Mendiang bukan sahaja kakitangan yang disenangi rakan setugas malah tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang berkhidmat,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, semua pihak diminta menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak tepat atau palsu.

“Pihak hospital menggalakkan petugas-petugas untuk mendapat sokongan emosi sekiranya perlu.

“Mereka boleh berhubung dengan pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) yang bertugas menerusi atas talian untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam, mangsa berusia 39 tahun itu dijumpai terbaring dengan kesan kecederaan parah di kepala di kawasan tempat letak motosikal berhampiran lobi hospital berkenaan.

Mangsa dipercayai terjun dari tingkat tiga di bangunan utama hospital dan tindakan itu dikatakan berpunca ekoran tertekan kerana menghidap masalah kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya