Hotel Andaman terbakar rugi RM100 juta - Utusan Malaysia

Hotel Andaman terbakar rugi RM100 juta

DUA anggota bomba melakukan siasatan selepas selesai kerja-kerja memadam api dalam kebakaran di Hotel Andaman & Luxury Resort, Langkawi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kebakaran Hotel Andaman & Luxury Resort di Jalan Datai di Langkawi dekat sini kelmarin terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM100 juta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, jumlah kerugian itu berdasarkan maklumat awal daripada pihak pengurusan hotel berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian tersebut masih dalam siasatan.

“Pihak bomba akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian hotel itu.

“Siasatan berkenaan melibatkan pasukan forensik dari ibu pejabat di Putrajaya dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Kita mengambil kira daripada semua aspek termasuk khianat. Keputusan siasatan akan diketahui kelak,” katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 80 peratus bangunan hotel lima bintang itu terbakar dalam dua kejadian berasingan, petang kelmarin dan semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.04 petang kelmarin dan 1.13 pagi semalam mengakibatkan tiga bahagian hotel iaitu bangunan utama, pejabat pentadbiran dan dewan besar musnah.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan khabar angin berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada isu sabotaj atau khianat. Saya harap netizen dan orang ramai tidak sebarkan khabar yang tidak pasti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd. Ashmar Mohd. Mazlan memberitahu, kerja-kerja pemadaman api di hotel yang berstruktur kayu dan batu itu selesai pada kira-kira 6.17 petang, semalam. 

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 17 jam untuk memadamkan api melibatkan keluasan hotel 60,000 meter persegi.

“Kawasan hotel akan ditutup selama sekurang-kurangnya dua minggu bagi kerja-kerja siasatan kebakaran,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya