Gerakan persoal Pulau Pinang tukar kereta mewah - Utusan Malaysia

Gerakan persoal Pulau Pinang tukar kereta mewah

Puvaniten Helan Govan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan menempelak kerajaan negeri Pulau Pinang yang disifatkan bermewah-mewah dengan kereta baharu sedangkan sepatutnya memfokuskan kepada kebajikan rakyat dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini. 

Ketua Biro Perpaduan Nasionalnya, Puvaniten Helan Govan berkata, alasan menggantikan kereta lama yang berusia tujuh tahun untuk kegunaan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dianggap tidak masuk akal memandangkan harganya mencecah hampir setengah juta. 

Apatah lagi, menurut beliau, terdapat penduduk negeri itu yang hidup sengsara seperti kisah sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta sehingga bulan sebagaimana yang tular baru-baru ini. 

“Itu adalah salah satu contoh bagaimana situasi kebajikan rakyat Pulau Pinang begitu terabai dan tidak terjaga langsung sehingga ada yang terpinggir dan terlepas pandang. 

“Sepatutnya pemimpin politik meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama di dalam  memerangi pandemik Covid-19 masih berleluasa ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kon Yeow semalam menerima kereta rasmi baharu jenis Mercedes S560e model tahun 2019 berharga kira-kira RM458,000  bagi menggantikan kereta rasmi sedia ada iaitu Mercedes S300L yang dibeli pada 2013. 

Dalam pada itu, Puvaniten turut membangkitkan sekiranya keputusan menukar kenderaan mewah tersebut dibuat oleh Kerajaan Pusat, DAP akan segera mempersoalkannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.