Dr. Norhizan dilantik jadi Timbalan KP Kesihatan - Utusan Malaysia

Dr. Norhizan dilantik jadi Timbalan KP Kesihatan

NORHIZAN Ismail (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Norhizan Ismail sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) yang baharu berkuasa pada esok.

Beliau sebelum itu merupakan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan di kementerian akan menggantikan Datuk Dr. Rohaizat Yon yang telah pun bersara pada 31 Disember lalu.

“Dr. Norhizan pernah memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan kemudian Pahang,” kata kenyataan kementerian tersebut.

Hasil pengalaman luas di peringkat hospital, daerah dan negeri, beliau kembali ke ibu pejabat di Putrajaya dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Survelan), Bahagian Kawalan Penyakit.

“Semoga kecemerlangan Program Perubatan Kementerian dapat diteruskan lagi dengan sebaiknya dalam suasana amat getir menghadapi pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya