'Doakan anak saya tidak alami simpton Covid-19'- Fizo - Utusan Malaysia

‘Doakan anak saya tidak alami simpton Covid-19’- Fizo

FIZO Omar bersama anaknya, Maryam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berharap agar anaknya tidak mengalami sebarang simpton Covid-19, pelakon Fizo Omar akui sebak membayangkan anaknya kini positif wabak itu.

Tambahnya dalam tempoh sekarang hanya bekas isterinya, Mawar Abdul Karim yang berhadapan dengan simpton dan anaknya masih berada dalam keadaan yang baik.

“Mawar ada beritahu saya bagaimana sakitnya dia melalui simpton-simpton itu seperti batuk sakit dada. Jujurnya ketika ini saya berharap sangat anak saya tidak melalui perkara yang sama memandangkan kita tidak tahu bagaimana seorang kanak-kanak akan berhadapan dengan keadaan ini.

“Ikutkan Mawar sudah mempunyai simpton sejak 29 Disember lalu, jadi bila buat swab test dia dan anak positif dan kini berada di sebuah pusat perubatan untuk tujuan rawatan dan proses kuarantin.

“Alhamdulillah anak saya sehingga hari ini masih belum menunjukkan apa-apa simpton dan saya terus berdoa dia akan terus berada dalam keadaan itu,”katanya yang turut melakukan ujian swab dan disahkan negatif Covid-19.

Berkongsi apa yang dilaluinya sebagai seorang ayah, kata Fizo apa yang berlaku benar-benar menakutkan.

“Dahulu kita hanya tengok orang naik ambulan kerana penyakit ini dan bila melihat sendiri anak yang berada dalam keadaan itu rasa sebak itu sukar untuk saya jelaskan.

“Malah dalam keadaan sekarang saya juga tidak mampu buat apa-apa dalam membantu selain berdoa.

“Nasihat saya kepada mereka di luar sana jangan pernah lalai dalam menjaga keselamatan diri, bila sudah berada dalam keadaan ini memang kita tidak mampu lakukan apa-apa.

“Dengan kes yang semakin meningkat selalulah amalkan sikap berjaga-jaga,” kongsinya.

Sementara itu melalui hantaran di laman Instagram sebentar tadi Fizo memuat naik kenyataan yang Mawar dan anaknya Maryam disahkan positif Covid-19 pada 1 Januari lalu.

 

MAWAR dan anaknya, Maryam disahkan positif Covid-19, pada 1 Januari lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.