Dilanggar dua kenderaan, 9 ekor lembu mati bergelimpangan - Utusan Malaysia

Dilanggar dua kenderaan, 9 ekor lembu mati bergelimpangan

DUA daripada sembilan lembu yang mati dirempuh di Kilometer 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Akibat dirempuh dua kenderaan, sembilan ekor lembu mati bergelimpangan dalam kejadian di Kilometer 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu kereta Proton Saga dan Volvo itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lembu tersebut berada di tengah lebuh raya hingga menghalang laluan.

“Jarak yang terlalu dekat menyebabkan kedua-kedua kenderaan itu terlanggar kumpulan lembu berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hanyan berkata, Proton Saga itu dipandu wanita berusia 28 tahun manakala pemandu Volvo pula ialah lelaki berusia 46 tahun, dengan masing-masing tidak mempunyai penumpang dan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan.

Katanya, akibat kejadian itu, Proton Saga tersebut mengalami pecah dan kemek di bahagian belakang manakala Volvo remuk di bahagian hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya