Curi kereta Perodua Myvi, guna nombor plat sama - Utusan Malaysia

Curi kereta Perodua Myvi, guna nombor plat sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis giat memburu suspek yang bertindak meninggalkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran palsu dan sama dengan pemilik sebenar kenderaan itu di tepi jalan kawasan Bayan Lepas, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menerima panggilan daripada seorang individu yang menjumpai sebuah  kereta yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, bertindak atas maklumat itu, polis membawa balik kereta tersebut ke Balai Polis Bayan Lepas setengah jam kemudian.

“Siasatan lanjut mendapati, pengadu (anggota polis) mengenali pemilik sebenar kereta bernombor pendaftaran sama berikutan pernah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan kereta di daerah ini pada 7 dan 14 Disember tahun lalu.

“Bagaimanapun pemilik asal kereta itu menafikan terlibat dalam dua kejadian tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Beliau memberitahu, polis sehingga kini belum mengenal pasti identiti sebenar suspek terbabit dan meminta individu berkaitan tampil memberi keterangan berhubung kes kemalangan yang berlaku di daerah Barat Daya tahun lalu.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook mengenai gambar dua buah kereta jenis Perodua Myvi bewarna putih menggunakan nombor pendaftaran yang sama di media sosial.

Perkongsian gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menurut Anbalagan, gambar yang viral dalam media sosial itu dirakam orang awam ketika pemilik asalnya menemukan kereta yang menggunakan nombor pendaftaran sama tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.