fbpx

SKMM: Ciapan Twitter tak senonoh angkara orang dalam?

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu tular ciapan tidak senonoh pada tahun 2014 yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, siasatan itu termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter tersebut. 

Beliau berkata, sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di SKMM atau pun tidak.

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk menjalankan siasatan menyeluruh dari semua sudut.

“Kementerian tidak akan berkompromi serta akan bertindak secara telus dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SKMM mengesahkan akaun Twitter rasmi milik suruhanjaya itu   diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, suruhanjaya itu memaklumkan akaun Twitter rasmi @SKMM_MCMC berkenaan digantung buat sementara waktu. 

Justeru, SKMM dalam kenyataan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan, bukan dikeluarkan pihak SKMM. -UTUSAN ONLINE