Bukan mudah warga asing nak jadi warganegara - JPN

Bukan mudah warga asing nak jadi warganegara – JPN

“JPN tidak pernah berdiam diri dan terus menerus melakukan operasi." - Ruslin Jusoh - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga asing tidak ‘sewenang-wenangnya’ di­berikan kewarganegaraan mes­kipun mereka berkahwin de­ngan rakyat tempatan dan mempunyai zuriat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kewarganegaraan hanya diberikan sekiranya mereka benar-benar memenuhi syarat.

“Walaupun memenuhi tempoh pemastautinan yang dikira daripada pegangan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) selama 12 tahun, tidak bermaksud mereka secara automatik boleh menjadi rakyat negara ini.

“Mereka tetap perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) permohonan kewarganegaraan mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ruslin menambah, kelahiran seseorang bayi di Malaysia juga tidak menyebabkan mereka memperoleh kewarganegaraan secara automatik sebaliknya di­tentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung.

Katanya, jika ibu bapa anak itu bukan warganegara atau pemastautin tetap semasa kelahiran, maka kanak-kanak itu adalah berstatus bukan warganegara Malaysia meskipun mereka diberikan sijil kelahiran Malaysia.

“Sijil kelahiran hijau adalah bagi kanak-kanak yang bertaraf warganegara manakala merah jambu bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara atau belum ditentukan,” jelasnya.

Dalam perkembangan ber­asingan, Ruslin mendedahkan, lima lokasi di seluruh negara dikenal pasti menjadi ‘lubuk’ pemalsuan dokumen termasuk MyKad palsu berdasarkan maklumat dan risikan JPN.

“JPN tidak pernah berdiam diri dan terus menerus melakukan operasi. Dalam tempoh tiga tahun ini sahaja, 564 serbuan dijalankan JPN di seluruh negara.

“Hasilnya, sebanyak 332 pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa di bawah Kesalahan 25 (1) (e) kerana menggunakan Mykad palsu dan memiliki Mykad warga tempatan yang mana tangkapan tertinggi direkodkan membabitkan warga Filipina apabila 167 individu ditahan diikuti Indonesia (83) dan selebihnya lain-lain negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, JPN tidak bercadang untuk menukar MyKad kepada yang baharu, memandangkan kad pengenalan sedia ada sudah dilengkapi ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi dan canggih.

“MyKad asli diperbuat daripada bahan polikarbonat sepenuhya dan telah diuji ketahanannya. Cip MyKad juga telah melalui beberapa peringkat ujian,’’ jelasnya.

Katanya, sekiranya terdapat pindaan pada MyKad, ia dapat dikesan dengan mudah melalui peralatan khas dinamakan JIG,’’ jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×