Bekalan daging sejuk beku di Terengganu halal - Utusan Malaysia

Bekalan daging sejuk beku di Terengganu halal

SAHARUDDIN MD. KIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Semua bekalan daging sejuk beku yang dijual di negeri ini disahkan mempunyai pengesahan halal yang diiktiraf. 

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan di premis-premis perniagaan di negeri ini tidak menjumpai sebarang stok daging sejuk beku yang memalsukan logo halal. 

“Selepas timbul isu daging import, kita telah diarahkan pihak kementerian untuk membuat pemeriksaan di seluruh premis. 

“Di Terengganu, kerja-kerja pemeriksaan sudah selesai dan semua daging import selamat serta halal,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, perkembangan itu sekali gus menyaksikan tiada isu berbangkit mengenai daging sejuk beku yang memalsukan logo halal di Terengganu. 

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengetuai serbuan melibatkan sebuah syarikat yang menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal palsu.

Berdasarkan siasatan awal, daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.