Bayar RM10 juta jika tinggalkan DAP - Utusan Malaysia

Bayar RM10 juta jika tinggalkan DAP

TEOH Yee Chern menunjukkan akuan bersumpah yang ditandatangani oleh Leong Cheok Keng pada sidàng akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng bakal berdepan tindakan membayar RM10 juta kepada DAP sekiranya berkeras dan tetap dengan keputusan untuk meninggalkan parti tersebut.

Ini kerana beliau telah menandatangani dua surat persetujuan termasuk akuan bersumpah untuk tidak keluar daripada parti, sebaliknya tetap meneruskan tanggungjawab sehingga berakhir tempoh sebagai wakil rakyat DAP.

Setiausaha DAPSY Perak, Teoh Yee Chern berkata, semua wakil rakyat DAP termasuk  Cheok Keng telah menandatangani persetujuan berkenaan sebelum menerima watikah pelantikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU-14).

Beliau yang juga ADUN Astaka bertegas, semua calon DAP Perak telah menandatangani surat persetujuan untuk membayar wang pampasan sekiranya mereka meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan menyertai parti lain setelah menang.

“Mereka juga telah bersumpah tidak keluar parti sepanjang menjadi wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen

“Jadi tindakan Cheok Keng untuk keluar parti merupakan satu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan oleh DAP dan amanah pengundi Malim Nawar sejak menjadi ADUN DAP bermula tahun 2013,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Peguam-Peguam Muda DAP Perak di ibu pejabat parti itu di Medan Istana di sini hari ini.

Menurut Yee Chern, sekiranya Cheok Keng benar-benar sudah tawar hati untuk meneruskan khidmat bersama DAP,  elok dia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. 

“Saya difahamkan dia belum menyerahkan surat peletakan jawatan, jadi Cheok Keng perlu berbuat segera dan jangan terus mengeruhkan keadaan.

“Sama ada dia hendak menyertai parti lain, perkara itu saya tidak tahu,” kataya.

Sebelum ini DAP telah bertindak mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ADUN Malim Nawar itu susulan laporan berita sebuah akhbar mengenai wakil rakyat DAP itu telah menyertai MCA.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP, Chong Chien Jen berkata, parti menunggu penjelasan Cheok Keng sebelum tindakan sewajarnya akan diambil.

Sebelum ini, Cheok Keng yang juga Timbalan Bendahari DAP Perak mengumumkan keluar parti pada September 2019 tetapi kemudiannya menarik balik keputusannya dua bulan kemudian.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya