Bank disaran beri moratorium kepada mangsa banjir - Utusan Malaysia

Bank disaran beri moratorium kepada mangsa banjir

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Institusi perbankan disaran memberikan moratorium enam bulan bayaran ansuran bulanan pinjaman dan memansuhkan caj-caj tertentu kepada pelanggannya yang menjadi mangsa banjir.

Penangguhan pembayaran itu perlu diberikan kepada pelanggan perbankan perniagaan, perbankan perusahan kecil dan sederhana (PKS) dan perbankan yang mana terjejas ekoran musibah berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ia termasuk pengecualian caj bagi pelanggan terjejas untuk mengganti kad pengeluaran wang automatik (ATM), buku cek, buku akaun yang musnah akibat banjir.

“Sebagai contoh di Pahang, sehingga kini lebih 18,000 orang telah terjejas ekoran musibah berkenaan.

“Banyak premis perniagaan yang mana peralatan kedai mereka rosak akibat ditenggelami air banjir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sharkar berkata, penangguhan bayaran berkenaan akan dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi mangsa banjir terlibat.

“Apa diharapkan, institusi perbankan dapat memberikan moratorium enam bulan ini sebagai bukti simpati dan cakna dengan nasib mangsa banjir,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya