Banjir kilat landa 10 rumah, tanah runtuh landa Gua Musang

Banjir kilat, tanah runtuh landa Gua Musang

LOKASI tanah runtuh di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sekurang-kurangnya 10 perumahan utama di daerah ini, termasuk Bandar Lama Gua Musang dilanda banjir kilat berpunca daripada limpahan air dari Sungai Galas sejak malam tadi hingga awal pagi ini.

Paras air dikatakan naik mendadak menjelang tengah malam memaksa lebih 300 penduduk berpindah dalam keadaan kelam-kabut termasuk keluar meninggalkan rumah masing-masing sehelai sepinggang.

Susulan itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini sejak awal pagi dan menjelang petang ini, jumlah keseluruhan mangsa direkodkan berkurangan kepada 78 orang daripada 43 keluarga.

Setakat pukul 5 petang ini, tiada PPS dibuka di daerah lain.

Sementara itu, Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 92, di sini pula ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas berlaku tanah runtuh di lereng bukit yang turut mengakibatkan banjir lumpur di kawasan tersebut. 

Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan dari Gua Musang menghala ke Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, Perak terkandas kerana timbunan tanah, bongkah batu dan sisa kayu menutup laluan di kedua-dua arah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintenden Sik Choon Foo berkata, runtuhan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam susulan hujan lebat berterusan di kawasan itu.

Katanya, memandangkan tiada sebarang lencongan atau laluan alternatif, jalan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan dan orang ramai yang terkandas tiada pilihan lain kecuali berpatah balik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya