Banjir: Diserbu polis ketika berpesta air banjir - Utusan Malaysia

Banjir: Diserbu polis ketika berpesta air banjir

TAMBATAN Diraja di Kota Bharu kini dikawal anggota polis susulan aktiviti berpesta air banjir oleh orang awam. UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 200 orang awam yang sedang seronok ‘berpesta’ air banjir di Tambatan Diraja di sini, lari bertempiaran selepas menyedari kehadiran anggota polis malam tadi.

Hasil serbuan tersebut, tiga individu yang dicekup telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara(MKN).

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang berpesta air banjir bersama keluarga, lebih-lebih lagi ketika kes Covid-19 semakin meningkat di negeri ini.

Beliau berkata, secara purata, sebanyak 20 hingga 30 kompaun dikeluarkan setiap hari di seluruh negeri ini kepada individu yang dikesan tidak mematuhi SOP.

“Kita khuatir pada malam minggu lebih ramai akan mengambil kesempatan keluar ke bandar bersama keluarga untuk bermain air banjir.

“Polis akan tempatkan pegawai dan anggota kita bersama agensi penguat kuasa lain untuk memantau aktiviti di lokasi tarikan orang ramai seperti Tambatan Diraja ini,” katanya ketika tinjauan banjir di sekitar Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Menurut Shafien, kompaun ke atas pesalah dibuat mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafien meminta mangsa banjir berpindah dengan segera apabila rumah mereka dinaiki air, bukannya menunggu waktu malam kerana menyukarkan pasukan penyelamat melakukan operasi pemindahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya