Bangunan UTC Melaka dikosongkan, kakitangan positif Covid-19 

Bangunan UTC Melaka dikosongkan, kakitangan positif Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, di sini diarahkan untuk dikosongkan serta-merta tengah hari tadi selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19. 

Pengurus UTC Melaka, Siti Aisyah Mahmood dalam satu kenyataan berkata, pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta itu terpaksa ditutup pada pukul 12.15 tengah hari tadi bagi kerja-kerja sanitasi. 

Katanya, bangunan itu akan kembali beroperasi seperti biasa pada esok bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. 

“Operasi UTC Melaka ditutup separuh hari bermula 12.15 tengah hari sehingga 5 petang bagi kerja-kerja sanitasi di seluruh pejabat UTC oleh pasukan bomba. 

“Semua pelanggan dan kakitangan telah diminta mengosongkan premis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Siti Aisyah berkata, proses sanitasi itu dibuat selepas seorang kakitangan wanita berusia 20-an yang bertugas di bahagian pengurusan UTC di bangunan itu didapati positif Covid-19. 

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai mendapat jangkitan tersebut daripada bapanya serta ahli keluarga lain yang turut positif Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya