fbpx

Baki 8,640 mangsa di 109 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan kepada 8,640 mangsa setakat pukul 5.15 petang hari ini. 

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah itu membabitkan 2,382 keluarga di 109 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Pekan mencatat bilangan terbanyak dengan 3,317 mangsa melibatkan 932 keluarga di 38 PPS, diikuti Maran 2,075 mangsa.

Sementara itu, Temerloh konsisten menurun kepada baki 1,246 mangsa, Kuantan (875 mangsa), Bera (740 mangsa) dan Lipis (353 mangsa).

Jerantut masih berbaki paling rendah dengan 34 mangsa di satu PPS membabitkan 10 keluarga. -UTUSAN ONLINE