Anggota polis maut nahas - Utusan Malaysia

Anggota polis maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 337.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan Koperal Muhamad Fadzil Sabudin, 33, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk menemui isterinya yang belajar di sana.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 3 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah motosikal di tepi lebuhraya dengan penunggangnya telah meninggal dunia.

“Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Ipoh,” katanya di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat berdasarkan kepada kerosakan motosikal tersebut.

Bagaimanapun katanya, semasa pihak polis tiba di lokasi, kenderaan berat berkenaan tiada di tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ruzainal Anan Ruslan di talian 0124500968 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.