Akhirnya, Projek HSR dibatalkan - Utusan Malaysia

Akhirnya, Projek HSR dibatalkan

PADA 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura memutuskan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir semalam.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, kerajaan Malaysia sebelum ini telah mencadangkan beberapa pindaaan projek itu berikutan pandemik Covid-19.

Dalam hal itu, kedua-dua negara mengadakan beberapa perbincangan berhubung pindaan itu, namun tidak mencapai persetujuan bersama.

“Oleh itu, perjanjian projek HSR telah berakhir pada 31 Disember (semalam),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan meneruskan tindakan yang diperlukan hasil dari penamatan perjanjian HSR itu.

Walau bagaimanpun, kedua-dua negara tetap komited untuk menjaga hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang termasuk kesalinghubungan antara dua negara.

Sebelum ini, kedua-dua Perdana Menteri mengadakan perbincangan secara persidangan video pada 2 Disember lalu bagi menilai penangguhan kedua dan terakhir projek HSR sepanjang 350 kilometer itu yang berakhir pada 31 Disember.

Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian projek HSR pada 2016 dan tertangguh sejak September 2018. -UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN