Ahli UMNO selama 20 tahun sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Ahli UMNO selama 20 tahun sertai Bersatu

Bekas ahli UMNO, Khusaini Suib (kiri) menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Md. Nayan Salleh di Tanjung Piandang, Parit Buntar semalam. -UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Ahli UMNO yang menyertai parti itu selama 20 tahun antara 18 orang yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar di sini semalam.

Khusaini Suib, 49, berkata, dia menyertai Bersatu atas kerelaan sendiri tanpa ditawarkan sebarang imbuhan.

“Memang benar saya dari UMNO, kini menyertai Bersatu pada malam ini. Saya ikhlas menyertai Bersatu, atas kerelaan hati sendiri,” katanya.

 Khusaini ditemui pemberita selepas menyerahkan 18 borang keahlian Bersatu Parit Buntar termasuk dirinya di Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang di sini semalam.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Bersatu Parit Buntar, Md. Nayan Salleh.

Sementara itu, Md. Nayan berkata, pihaknya giat menambah keahlian Bersatu di Bahagian Parit Buntar dan setakat ini seramai 400 orang telah didaftarkan sebagai ahli bahagian ini.

Menurutnya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1,000 ahli yang masih dalam proses pendaftaran di peringkat pusat.

“Setakat ini kita telah menubuhkan dua cawangan yang sudahpun didaftarkan secara rasmi, 11 cawangan lagi dalam proses pendaftaran,” katanya.

Md. Nayan menegaskan, Bersatu Parit Buntar tidak menawarkan atau memberi sebarang imbuhan pada sesiapa yang ingin menyertai parti itu.

“Tuduhan Bersatu mencuri ahli UMNO tidak berasas, merupakan fitnah, ia tuduhan liar tanpa ada bukit kukuh.

“Tak sepatutnya membuat dakwaan liar sebegitu hanya disebabkan mendengar cakap-cakap orang tanpa mengemukakan fakta atau bukti yang kukuh,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.