Agong pandu kereta redah banjir dalam lawatan mengejut ke Maran - Utusan Malaysia

Agong pandu kereta redah banjir dalam lawatan mengejut ke Maran

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan merempuh banjir di LPT1 hari ini.

MARAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran.

Yang di-Pertuan Agong yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di situ.

Yang turut berangkat sama, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Terdahulu dalam perjalanan ke Maran, Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat turut berhenti di Plaza Tol Karak dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas di situ.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong turut berkenaan menyampaikan sumbangan makanan kepada pemandu-pemandu lori berkenaan. – UTUSAN 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN