8 lagi ahli jemaah tabligh dibawa pulang dari India - Utusan Malaysia

8 lagi ahli jemaah tabligh dibawa pulang dari India

WISMA Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai lapan ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dari New Delhi, India.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Patna, Bihar yang membatalkan pertuduhan menyalah guna pas lawatan sosial ke atas mereka.

Dengan kepulangan lapan ahli jemaah ini, menurut beliau, hanya seorang lagi ahli jemaah rakyat negara ini yang masih menunggu keputusan mahkamah terhadap kes beliau di Kishanganj, India.

“Perwakilan Malaysia di New Delhi, India akan terus memantau perkembangan kes ini secara rapat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyelaras usaha membawa pulang ahli jemaah tersebut selepas pembebasan beliau kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya membawa pulang seramai 188 daripada 189 orang ahli jemaah yang berada di negara tersebut.

Katanya, sebelum ini, seramai 180 ahli jemaah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pada tahun lalu.

Beliau menjelaskan, selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa, kesemua jemaah yang dibawa pulang ke tanah air akan menjalani kuarantin selama 10 hari di Stesen Kuarantin (QS) yang ditetapkan kerajaan Malaysia. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya