Bekas anggota polis didakwa terima rasuah RM500 - Utusan Malaysia

Bekas anggota polis didakwa terima rasuah RM500

MOHD. Faizal Paimin (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini untuk didakwa atas tuduhan menerima rasuah berkaitan kes dadah di Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berkaitan kes dadah, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizal Paimin, 37, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mardihah Hairullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai anggota polis di bawah Tugas-Tugas Am di Balai Polis Sikamat, Seremban secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM500 daripada seorang lelaki pada 4 Januari 2017 di Jalan Beringin Kampung Linsum, Rantau di sini.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melakukan tangkapan terhadap lelaki itu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa SPRM, Zainal Yahaya memohon jaminan yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh kemudian memohon jaminan dikurangkan atas alasan dia telah diberhentikan tugas daripada pasukan polis dan kini mempunyai tanggungan seramai enam orang selain sudah tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap awal bulan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.