4 kawasan tumpuan banjir dipasang pita kuning  - Utusan Malaysia

4 kawasan tumpuan banjir dipasang pita kuning 

PITA kuning dipasang di kawasan tumpuan bagi melarang orang ramai berkumpul di Tambatan Diraja, Kota Bharu.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat kawasan di sekitar bandar ini yang menjadi tumpuan pada musim tengkujuh dipasang pita kuning bagi melarang orang awam berkumpul beramai-ramai untuk ‘berpesta’ air banjir.

Kawasan terbabit ialah Lembah Sireh, Tambatan Diraja, Kampung Penambang dan Kuala Besar.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, pita kuning itu dipasang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama pihak polis sejak dua hari lalu, susulan pesta air banjir yang semakin menjadi-jadi.

“Tali itu dipasang bagi memastikan orang ramai tidak mendekati kawasan itu dan kita harap mereka mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Sebelum ini, hasil tinjauan kita mendapati ada ibu bapa yang membawa bayi untuk melihat kawasan dinaiki air di sekitar bandar ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Tambatan Diraja, di sini hari ini

Menurut Shafien, ketika di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, sesiapa yang berkumpul beramai-ramai boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342).

“Kita akan mengeluarkan kompaun kepada orang ramai di negeri ini yang berkumpul beramai-ramai untuk bermain air dan tidak menjaga penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shafien meminta kerjasama orang ramai supaya tidak memviralkan gambar sesuatu kejadian banjir yang tidak munasabah seperti jambatan atau rumah runtuh tanpa sumber yang sahih. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.