3,339 kes baharu, 7 kematian - Utusan Malaysia

3,339 kes baharu, 7 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 iaitu 3,339 kes sejak wabak terbabit melanda negara.

Jumlah itu menjadikan kes positif negara sebanyak 158,434 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 37,782 kes.

Terdapat 240 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tujuh kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,314 kes diikuti Sabah, 393 kes; Johor, 362 kes; Kuala Lumpur, 334 kes; Negeri Sembilan, 236 kes; Pulau Pinang, 120 kes dan Kelantan, 114 kes.

“Negeri lain pula merekodkan purata penambahan kes sebanyak dua angka.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,676 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 120,051 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya