2,593 kes positif tertinggi, 13 kluster baharu - Utusan Malaysia

2,593 kes positif tertinggi, 13 kluster baharu

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi sejak Covid-19 melanda iaitu sebanyak 2,593 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 125,438 kes.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah 2,525.

Bagi jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 24,347 kes.

Sebanyak 13 kluster baharu dikesan dan empat kematian manakala 141 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu 965 kes diikuti oleh Johor sebanyak 571 kes dan Sabah sebanyak 405 kes.

“Sebanyak 252 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seri Lanang (504 kes), Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai (85 kes),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, Malaysia juga merekodkan sebanyak 1,129 kes sembuh yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 100,578 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya