1,704 kes baharu, Selangor tertinggi, 11 kematian, 9 kluster baharu

1,704 kes baharu, Selangor tertinggi, 11 kematian, 9 kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 iaitu 673 kes diikuti Sabah, sebanyak 316 kes dan Johor sebanyak 179 kes.

Terdapat 124 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 11 kematian dan sembilan kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,704 kes positif baharu bagi seluruh negara yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 119,077 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 21,365 kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,726 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 97,218 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.