fbpx

16 ahli politik dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan positif Covid-19 yang merekodkan sebanyak 165,371 kes secara keseluruhan dengan 39,464 kes aktif sejak pertama kali pandemik itu melanda negara awal tahun lalu, nyata ia bukan suatu perkara yang perlu dipandang remeh kerana ia tidak mengenal siapa sasarannya.

Tidak terkecuali daripada terkena jangkitan berkenaan adalah ahli-ahli politik tanah air yang rata-ratanya berpunca daripada program-program politik dan sidang media yang menuntut kepada perkumpulan beramai-beramai dan secara bersemuka.

Setakat ini, kira-kira 16 ahli politik yang terdiri dalam kalangan Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senator Dewan Negara sudah disahkan positif Covid-19 dan ada yang telah disahkan sembuh.

Berikut adalah senarai ahli politik berkenaan:

1. Ahli Parlimen Keningau, Sabah, Datuk Seri Jeffery Gapari Kitingan.
2. ADUN Bingkor, Sabah Datuk Robert Tawik
3. Ahli Parlimen Jeli, Kelantan, Datuk Sri Mustapha Mohamed
4. Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun
5. ADUN Galas, Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim
6. ADUN Nenggiri, Kelantan, Abd. Aziz Yusof
7. ADUN Parit Yaani, Johor, AminolHuda Hassan
8. Ahli Parlimen, Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin
9. Ahli Parlimen Larut, Perak, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
10. Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah
11. Senator Dewan Negara, Dr. Yaakob Sapari
12. Senator Dewan Negara, Idris Ahmad
13. Ahli Parlimen Rengas, Perak Datuk Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz
14. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique
15. ADUN Kijal, Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
16. Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman

– UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI