14 tindakan terhadap peniaga sempena SHMMP 2020 - Utusan Malaysia

14 tindakan terhadap peniaga sempena SHMMP 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil 14 tindakan undang-undang terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan susulan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2020.

Bahagian Penguat Kuasa kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan dan penguatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan skim ini.

“Sebanyak 19 jenis barangan harga terkawal telah diwartakan dalam skim terbabit yang dilaksanakan dari 22 Disember hingga 31 Disember 2020 bagi iaitu tempoh pelaksanaan adalah selama 10 hari.

“Tindakan undang-undang yang telah diambil adalah membabitkan tiga kes atas kesalahan menjual melebihi harga maksimum, 10 kes atas kesalahan gagal meletakkan tanda harga dan satu kes atas kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu,” katanya hari ini.

Selain itu, katanya, pihaknya menerima dan merekodkan sebanyak lima aduan yang berkaitan semasa pelaksanaan skim itu.

“Berdasarkan pemantauan dan maklum balas orang ramai, pelaksanaan skim terbabit berjalan dengan baik dan telah mencapai objektif seperti yang dirancang.

“Jalinan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, pengeluar, pemborong, peruncit, dan pengguna sepanjang pelaksanaan skim merupakan faktor kejayaan skim ini keseluruhannya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.