Zahid sedia beri kerjasama pada PAC - Utusan Malaysia

Zahid sedia beri kerjasama pada PAC

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia beri kerjasama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan kegagalan pembekalan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) pada Januari depan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau bersedia untuk memberikan maklumat kepada PAC bagi membantu siasatan.

“Saya sedia menjadi saksi apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

“Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC mengenai apa-apa maklumat mengenainya.

Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC,” katanya lewat malam semalam.

Menurut laporan semalam, PAC akan memanggil ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam siasatannya terhadap isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Hasil daripada beberapa mesyuarat, tujuh saksi telah dipanggil, antaranya Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan Ambrin Buang dan Ketua Setiausaha Pertahanan Malaysia Muez Abdul Aziz.

Bersikap terbuka, Ahmad Zahid menjelaskan pemegang saham terbesar syarikat yang bertanggungjawab ke atas enam kapal itu adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Ingin diperjelaskan bahawa LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Bhd, itu Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mana pemegang saham terbesarnya adalah LTAT menerusi Boustead Holdings Berhad.

“Saya sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, dan semoga ketelusan siasatannya diketahui umum,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya