Warga Indonesia ditemukan mati, separuh bogel: Polis kesan ‘Safrizal’ - Utusan Malaysia

Warga Indonesia ditemukan mati, separuh bogel: Polis kesan ‘Safrizal’

INDIVIDU bernama ‘Safrizal’ warga Indonesia diburu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes wanita warga Indonesia yang mati dibunuh dan ditemukan dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan lelaki dikenali dengan nama Safrizal bagi membantu siasatan.

“Lelaki ini juga warga Indonesia dan dipercayai tinggal serumah dengan mangsa. Buat masa ini, siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an ditemukan mati dalam keadaan terbaring berlumuran darah dalam bilik di tingkat satu.

Mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dan hanya memakai baju-T ditemukan orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 2.05 petang.

Pemeriksaan dijalankan bersama unit Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri wanita terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya