Wanita berbogel sembunyi dalam bilik air - Utusan Malaysia

Wanita berbogel sembunyi dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang wanita warga Indonesia dikesan bersembunyi di dalam bilik air tanpa berpakaian selepas terkejut pintu biliknya diketuk ketika operasi pencegahan jenayah syariah di sebuah hotel di Taman Seroja, di sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azwan Azman berkata, wanita berusia 42 tahun itu sebelumnya berada di dalam bilik hotel tersebut bersama seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.

Katanya, dalam pemeriksaan pada pukul 12.40 tengah hari, wanita terbabit tidak sempat memakai pakaiannya yang tertinggal di atas katil untuk bersembunyi dalam bilik air.

“Semasa pemeriksaan di bilik itu selepas pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan pemeriksaan lanjut terdapat pakaian wanita berada di atas katil.

“Wanita terbabit dipercayai melarikan diri dalam bilik air untuk bersembunyi selepas terdengar ketukan pintu oleh penguat kuasa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya