Ubah imej sukarelawan sebagai duta sosial - Reezal Merican - Utusan Malaysia

Ubah imej sukarelawan sebagai duta sosial – Reezal Merican

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan mahu sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia menjadi wadah untuk masyarakat ubah imej sukarelawan sebagai taraf duta sosial.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sambutan itu juga bukan sekadar meningkatkan kesedaran berkaitan budaya kesukarelawanan rakyat negara ini.

Reezal Merican Naina Merican

“Kegiatan sebegini membolehkan komuniti meluaskan jaringan kerjasama yang akhirnya membolehkan mereka menjadi duta sosial dan mampu beri tanggapan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap secara maya merasmikan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia 2020 di sini yang turut diadakan serentak di setiap negeri sepanjang hari ini.

Turut hadir menyaksikan sambutan itu ialah timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof.

Ia tahun kedua sambutan itu diadakan di negara ini bersempena dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sudah bermula pada 1985 lagi.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) tahun lalu mendapati 82 peratus responden pernah terlibat aktiviti sukarela.

“Selain itu, penilaian terhadap penganjur program kesukarelawan terutama pihak badan bukan kerajaan pada tahap 60 peratus iaitu dalam kategori memuaskan,” jelas beliau lagi.

Justeru, sambutan kali ini diharap secara tidak langsung menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam menceburi dunia kesukarelawanan tanpa kira latar belakang.

Semangat itu ujar beliau, bagaimanapun perlu disemai sejak kecil dan diterapkan melalui kerjasama pelbagai pihak melakukan kerja kemanusiaan tanpa berharap imbuhan bayaran.

Reezal Merican namun bangga kerana Malaysia di kedudukan ke-30 daripada 125 negara dalam Indeks Sumbangan Sedunia kelolaan Charities Aid Foundation berpusat di Britain.

“Salah satu indikator dalam pengumpulan data indeks ini ialah masa diperuntukkan individu dalam membuat kerja kesukarelawanan dan negara kita dianggap sederhana,” katanya.

Beliau tetapi menegaskan bahawa semangat tersebut boleh ditingkatkan dengan semua pihak berganding bahu lonjak aspek sukarela sebagai aktiviti pembangunan bangsa dan negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.