Tukang kebun maut motosikal dirempuh lori - Utusan Malaysia

Tukang kebun maut motosikal dirempuh lori

MOTOSIKAL jenis Honda Wave yang ditunggang seorang tukang kebun dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ, Simpang Ampat, Alor Gajah. -UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang tukang kebun maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah lori di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Simpang Ampat, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 petang, mangsa, Mohamad Zin Yaakop, 53, dari Kampung Taboh Naning, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Brisu menghala ke arah Alor Gajah.

“Ketika kejadian, lori tersebut yang dari arah Alor Gajah menghala ke tol Simpang Ampat bergerak lurus ketika lampu isyarat berwarna hijau, namun mangsa tiba-tiba keluar secara mengejut untuk ke Alor Gajah.

“Lori tersebut kemudian telah melanggar mangsa menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Hasan Basri, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan setakat ini tiada saksi awam yang tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.