TPM UMNO perlu perbincangan - Hashim - Utusan Malaysia

TPM UMNO perlu perbincangan – Hashim

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin UMNO sebaik-baiknya perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden Perikanan Nasional (PN) yang bakal diwujudkan itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, UMNO boleh menggunakan platform tersebut untuk meluahkan kehendak mereka itu dan mengadakan rundingan mengenainya bersama parti-parti di dalam gabungan.

Katanya, kewujudan majlis itu bakal menentukan apa jua cadangan yang dibuat oleh parti-parti gabungan dapat diputuskan di peringkat Majlis Presiden dalam semangat perpaduan.

“Timbalan Perdana Menteri (dari UMNO) daripada satu sudut betullah pada masa ini kerana UMNO nampak seperti mereka kurang diberikan perhatian di dalam kerajaan menyebabkan parti itu berasa tidak puas hati.

“Saya yakin keperluan perpaduan yang dirasai oleh Perdana Menteri dapat menyelesaikan apa jua perkara berbangkit dan penubuhan Majlis Presiden PN itu juga boleh membantu menyatukan sesama parti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibangkitkan UMNO.

Sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini menegaskan akan membangkitkan perkara berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi pemimpin daripada parti itu.

Sementara itu, Hashim berkata, proses pembahagian kerusi membabitkan PN dan Muafakat Nasional (MN) masih diperingkat awal dan belum dimuktamadkan.

“Di setiap negeri proses pembahagian kerusi itu akan berbeza dan kerana itu ia akan mengambil masa untuk diselesaikan. Apa yang pasti, matlamat untuk menyaksikan pertembungan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu direalisasikan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya