Timbalan Pengarah Operasi ditahan seleweng duit raya  - Utusan Malaysia

Timbalan Pengarah Operasi ditahan seleweng duit raya 

SUSPEK berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan itu diberkas di hadapan rumahnya di Semabok, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini menahan seorang Timbalan Pengarah Operasi di sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan peruntukan duit raya Aidilfitri berjumlah RM22,500 pertengahan tahun ini.

Menurut sumber SPRM, suspek menerima wang berkenaan daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Walau bagaimanapun suspek yang berusia 53 tahun dan berkhidmat dengan kerajaan itu tidak mengagihkan duit raya tersebut kepada penerima yang layak.

“Suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi di pejabat SPRM Kedah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.