Tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada Nora Anne - Utusan Malaysia

Tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada Nora Anne

Dr. Hanif Mahmud (baris atas, kiri) memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin yang memasuki hari ke-21 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakar forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Dr. Hanif Mahmud memberitahu Mahkamah Koroner Seremban bahawa tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada mayat Nora Anne Quoirin.

Beliau yang merupakan saksi ke-42 dalam prosiding inkues kematian gadis Ireland itu berkata, melalui pemeriksaan bedah siasat pihaknya tidak menemukan sebarang kecederaan yang menandakan mangsa telah bergelut.

Katanya, antara tanda kecederaan akibat bergelut contohnya seperti lebam di bahagian pergelangan tangan akibat ditarik atau lebam di bahagian mana-mana tubuh badan akibat dipukul.

“Tiada juga kecederaan luaran terutama di bahagian kemaluan.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada koyakan pada selaput dara. Pemeriksaan juga dijalankan di bahagian dalam tapi tidak mendapati sebarang kecederaan seperti lebam,” katanya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid semasa prosiding inkues yang memasuki hari ke-21 hari ini.

Melalui pemeriksaan itu katanya, boleh disimpulkan tidak terdapat penetrasi pada bahagian selaput dara tetapi beliau tidak boleh menafikan secara 100 peratus sekiranya jari tersentuh di bahagian tersebut contohnya.

Selain itu katanya, terdapat kecederaan pada bahagian telapak kaki mangsa, dan beliau berpendapat kecederaan itu konsisten sekiranya mangsa berjalan tanpa kasut.

“Melalui lawatan yang telah kami telah jalankan di lokasi mayat telah ditemui saya berpendapat kecederaan pada si mati adalah konsisten dengan keadaan sekeliling di mana dia dijumpai,” jelasnya.

Nora Anne, 15, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan dalam tempoh yang lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya